Kota Kinabalu Trip Part 4 (Island Hopping)

Day 4! Day 4!!!!


Good morning! Eh eh. Apa hal, xde apa pun. Sj nk wish morning. Dah 4 hari dkt Kota Kinbalu. Plan harini kitorang akan pergi island hopping, pulau sapi dgn pulau manukan. Ada berita yg kurang enak untuk hari keempat. 3 drpd kitorang mengalami sakit perut cirit birit. So dorang x join ntuk Island Hopping. Dorang nk berehat kemudian akan ke klinik berdekatan ntk dptkan treatment. So sad. Berjalan jauh2, kemudian x berapa sihat. Dugaan.





Ok. Lets us start!!! Pergerakan kami adalah seawal jam 9pagi, nama tour guide kitorang ntuk kali ini adalah Khris. Kitorang dijemput dr apartment menaiki van ke Jesselton Point. Dari apartment xjauh pon, dlm 10 minit je. Smp je disana, kitorang ke pejabat agen tour ntk arini untuk buat payment. Rm150 ntk island hopping harini, pakej termasuk hopping ke dua pulau, return transfer bot laju, lunch serta kelengkapan snorkle.





Perjalanan agak lancar, xperlu tggu lama. Ambil brg2 terus naik bot laju, sbb dh lama standby. Kalau nk pergi sendiri tanpa agen pon boleh, tp nnt masa korang pulau tu, pandai2 la jg brg2 peribadi, takut2 dicuri org. Tapi kalau pergi dgn agen, dorang akan tlg tengok2kan, dkt sna nnt korang maen la air sepuasnya. Perjalanan makan masa dl  15-20 minit. Alhamdulillah cuaca panas terik. Sebab excited sgt kitorang xckp byk, tangan laju je snap amek gambar. Khris plak mesra orangnya. Mudah berbicara. Suka share knowledge where to go, what to do, this and that.



Pulau pertama untuk harini, Pulau Manukan. Superb view!!! Dkt jeti pon, berpuluh keping gambar kitorang snap. Kitorang xnak bazir masa lama2, sbb x sabar nk snorkle. Entrance fee ntk masuk TTAR rm3. Kemudian dia akan cop, macam daily pass la. Pass tu valid ntk korang g pulau2 lain, seperti mamutik dan sapi.Selesai tukar tukar, kitorang pakai sunblock, wakakakaka. Bukan apa, selagi boleh jg kulit, jaga la. Sebab nk bermain air laut ni berjam2. Kang nnt balik semenanjung, hangit sgt. Snorkle dkt sini ok lah, air cantik tapi x jernih sgt. Coral pun x berapa cantik. Tukun tiruan pun korang boleh nmpk. Erti kata laen, dlm proses pemuliharaan la. Nk biakkan balik coral dkt area situ. Im looking for clown fish. Dulu masa snorkle dkt Pulau Bidong, itu la ikan wajib yg mudah dijumpai. Tapi dkt sini ,mcm kurang. Mungkin sebab air pasang dan sedikit berombak menyusahkan dan mengkaburkan penglihatan. Satu lagi tips sepanjang korang dkt pulau ni. Kalian digalakan untuk bw makanan rigan sendiri incase x tahan lapar setelah penat bermain air. Makanan dkt pulau ni mahal yer. Sangat mahal. Silap haribulan makanan ringan dkt 7e lagi murah.






Jam 1pm kitorang bergerak ke Pulau Sapi. Bot sgt tepati masa, on time je menunggu. Sempat la berehat kejap atas bot kumpul tenaga ntuk pulau seterusnya. Sampai je Pulau Sapi, kitorang dibawa Khris ke khemah jamuan ntuk makan tgh hari. Makan tengah harin disediakan secara buffet. Ada macam2 jenis seafood. Dari ketam udang kerang kepah ikan semuanya ada. Nk tambah berapa kali tambah la. Xde sapa nk marah, lagi dorang suka ada la.






Selesai makan kitorang bersiap ntuk snorkle lagi. Disini pemandangan lagi memukau. I wish i have gopro with me. Coral cantek2 disini. Byk spesis ikan di sini. Aku bikan budak marin aku budak kimia, so x kenal sgt spesis ikan ni. Yang bestnya berpeluang dpt tgk ular laut. Punya la ralit snorkle smp kena halau dgn lifeguard. Asyik sgt tgk coral, sedar2 snorkle betul2 atas snorkle. Buka apa, lifeguard takut kitorang terpijak coral ni. Aku graduan UMT, so aware sgt la psl coral bleaching dan sebagainya. So cpt2 snorkle ke tempat laen. Bukan apa, sbb pelancong dari negara luar dorang degil, kdg2 dorang berdiri atas coral tu. Coral ni kira macam kedai makan la bg ikan2 ni. Klu coral tu sihat, cantik maka byk la ikan dan spesis2 laen di sekitarnya. Tapi kalau dh bleaching, ikan2 pun lari. Sebab tu pentingnya dorang menjaga coral ni. Sebab yg kedua dihalau adalah air dh surut, jd sedar x sedar kitorang dh snorkle betul2 atas coral.





Dkt Pulau Sapi ni jg kita leh trekking. Tarikan lain selain snokle disini, pulau ni jg didiami oleh biawak komodo. Korang akan jumpa biawak ni lps lunch sbb biawak ni akan selongkar tong sampah ntuk makan sisa makanan. Masa ni yg x pernah tgk biawak semua nak amek gmbr. Lebih kurang jam 330ptg kitorang balik ke Jessleton.








Sampai di Jessleton kitorang amek gambar lagi. Hahahahaha. bergambar dgn Khris, dgn pelancong laen. Jam 4 ptg kami dihantar pulang ke apartmen, tapi kami request kami drop dkt Warisan Square sebab Keith, Faisal dan Amri ada disana ntuk lunch. While they having their lunch, we had our coffee and rest for a while at Stabucks. Sedar x sedar dh pukul 5, kitorang bergerak pulak ke Pasar Filipina ntuk window shopping. Survey apa yg patut. Jam 630 kitorang balik apartmen ntk berehat.

Comments

Popular Posts