:: sayonara Spectrum, hello M.Sc ::

Bismillah..

Dah baca tajuk entry kan? If you asking again is it for real, definitely the answer is betol la tuh.
Dah lama x update blog since laptop lama rosak. Entry ni pun tertangguh lama. Draft dibuat dari smartphone XiaoMi Note. 

Hajat dihati memang nak kerja sambil belajar. Sebab niat nk sambung master tu dah lama bertangguh. Asyik buat keputusan untuk orang lain je. Tahun ni memang berkeras juga nak sambung master. Dah cakap pada diri sendiri kalau tak dapat nak sambung juga tahun ni, memeang akan merancang ke arah professional career. Mungkin attend n join course conducted by Niosh ke. itu lah perancangan yg nak dibuat kalau x dapat sambung master. 

Alhamdulillah, rezeki Allah. dpt juga tawaran sambung belajar, M.Sc Instrumentation Chemistry dkt USM Penang, Main Campus. boleh bayangkan kan betapa seronok masa dpt tau keputusan permohonan tu. Bermula la episod ke sana ke sini nk uruskan diri untuk hari pendaftaran. Nampak mcm senang kan, tapi xde la senang mana yg difikirkan. Sebab masa tu ayah warded dkt HSB, 2 minggu juga kena tahan sebab demam, under treatment untuk antibiotik. Ayah sakit, Final Stage CKD ( Chronic Kidney Disease).

 Every weekend travel balik Jitra dari Penang untuk amek alih jaga ayah dkt wad. Masa nk buat medical check up tu tgh ajga ayah dkt HSB. pegi la buat medical check up dkt Klinik Bandar Alor Star ( yg mana ianya adalah dkt hospital lama alor star). kelam kabut juga nk buat, sebab nk jimat duit. Medical checkup untuk masuk uni kalau pegi govt hosp, dia caj sebanyak rm20. tapi nak dpt jumpa doktor untuk pengesahan dlm borang tu lambat la sikit sbb appointment dgn doktor penuh. so just g wat xray dgn urine test je dkt klinik gomen, lepas tu bhgn pengesahan pegi dkt klinik lain. 

Disebabkan xde pengalaman n x kenal sesapa dkt USM ntuk urusan registration, kita ni follow la apa info yg dpt melalui email n sistem dari web IPS. so follow la mana yg patut. nak bayar yuran lah, nak pilih subjek untuk register sem ni lah. 

so agak kelam kabut lagi disitu. mana kan nak study, mana kan nk jaga ayah, mana kan urusan keja dkt Spectrum. masa nk register subjek, jadual kelas dh dikeluarkan oleh pusat pengajian. agak terkejut juga, sebab kelas ganggu waktu kerja. daripada perancangan asal nak register 3 subjek, terus terbantut jadi register satu subjek je. sebab 2 daripad 3 kelas tu mmg waktu kerja. so terpaksa la register satu subjek je ntuk memenuhi tuntutan kerja. 

Bila dh register, bayar yuran, kita pun pegi la kelas. Kelas yg didaftarkan pun ganggu juga waktu kerja, kelas kul 4-6pm hari selasa & jumaat. kita pun pergi la jumpa manager untuk bincang pasal ni. 
mana la tau boleh request time off working hours ke request half da y leave ke apa ka. tapi bila bincang dgn manager, dia pulak x boleh bagi keputusan. minggu pertama tu dapat excuse untuk pi kelas. dia pulak suggest untuk request tukar waktu kelas. tanya juga lecturer untuk penukaran waktu kelas. tapi xleh tukar la pulak. sebab lecturer pun orang penting universiti. kiranya waktu kelas yg ditetapkan tu habis free la bagi lecturer tu. 

Masa mula request tu manager dgn kerek nya ckp " kalau awak x boleh request waktu kelas di waktu laen, awak benti keja la, senang" 

boleh bayangkan tak betapa sakit hati bila manager respon macam tu. Nak dipendekkan cerita, keesokan harinya Min pun hantar resign letter dgn notis dua bulan. masa hantar resign letter tu hanya maksu milah dgn kie ja yg tau psl ni, orang lain minx cerita pun. kalau min cerita pun dkt dorang, agak lewat sikit la. yang paling best, x cerita langsung dkt mama n ayah pasal nak resign masa hantar surat tuh. buat diam je dgn dorang. 

bila dah lama tu, mmg dah x tahan nk benti keja sgt2 dh. sebab hati dh x situ. dtg keja pun sekadar nk cukupkan hari ja. memang dah niat nak tunggu cukup gaji masuk akaun ja pastu xnak p keja dah. 
lastly, mmg x cukup pun notis 2 bulan tu, hanya 6 minggu ja. lagi 2 minggu tu tuangggg.. 


video
last day sempat buat video dgn depa. 


alhamdulillah dh 3 minggu jadi jadi penganggur. hahahahaha. xdela hapyy sgt, ada mix feeling tau. macam2 benda nk pikir. buat masa ni jadi part time barista dkt Adam's Kitchen Perda, buat juga part baking kalau ada sesapa nak order kek atau cupcake. pastu tolong manage kedai sohol dkt midtown perda. in sha Allah im doing good. =)

sekian cerita pasal resign keja. sambung next entry k. 

Comments

Popular Posts